My Travel's Log
Let's bring fun and joy to ourselves by visiting and backpacking to many interesting places across the country.
Sunday, 11 March 2012
Pekan Kuah
Kalau nak menghabiskan duit bershopping beli barang-barang harian, kain pelekat, kain batik, coklat, peralatan elektronik dan sebagainya bolehlah ke Pekan Kuah. Disini banyak pilihan untuk kita berbelanja. Murah-murah lak tuh
Eagle Bay Hotel
Penginapan kat Pulau Langkawi ni memang murah bagi para pelancong dan pengembara. Terutama sekali kalau anda nak melancong pada waktu yang bukan masa cuti umum ataupun grand function yang diadakan kat sini. Walaupun masih ada pilihan yang lebih murah, tapi kalu nak nampak cam berduit lebih bolehlah tinggal kat sini. Harga biasa sekitar RM 80-RM 100 plus pendahuluan RM 50 untuk satu malam. Kalu waktu cam LIMA harganya mencecah RM275 sehari. Pergh.... Masih ada banyak lagi hotel budget sekitar RM30-RM55 semalam di Bandar Kuah.
Ni Eagle Bay Hotel lebih kurang 5 minit jer dari Jetty Point. Harganya tak mahal sangat kalau bukan waktu puncak (keramaian) dan function cam LIMA.
Perhiasan hotel nih boleh la tahan...tengok...ada tanduk rusa dengan alatan memburu lagi.
Pandangan hadapan hotel....pintu masuk utama...menaikkan suasana tropika.
Hiasan dalaman hotel.
Layout hotel dengan yang lengkap dengan hiasan tulang temulang seekor burung. Burung apa nih...?
Ni Eagle Bay Hotel lebih kurang 5 minit jer dari Jetty Point. Harganya tak mahal sangat kalau bukan waktu puncak (keramaian) dan function cam LIMA.
Perhiasan hotel nih boleh la tahan...tengok...ada tanduk rusa dengan alatan memburu lagi.
Pandangan hadapan hotel....pintu masuk utama...menaikkan suasana tropika.
Hiasan dalaman hotel.
Layout hotel dengan yang lengkap dengan hiasan tulang temulang seekor burung. Burung apa nih...?
Jeti Kuala Kedah
Memang sibuk jeti pelabuhan Kuala Kedah nih terutama sekali kalau masa cuti. Seawal 7 a.m lagi dah ramai yang dah menunggu kat pintu masuk nak beli tiket. So kenalah pandai budget masa kalu nak naik feri pertama.
Harga tiket berbeza mengikut tempat jeti yang kita naik. Kalau ikut Kuala Kedah, harga tiket memang agak mahal sikit berbanding Kuala Perlis sebab jarak Kuala Kedah agak jauh dari Langkawi. Harga tiket lebih kurang RM 28 ke RM 35 untuk dewasa. Bagi kanak-kanak tak pasti sebab takde anak lagi...hahahaha..sori.
Ha...sebelum naik bot tuh janganlah lupa untuk membaca amaran dan guideline-guideline yang dipampangkan di jeti nih...sekadar untuk informasi.
Ni bot milik LADA (...rasanya). Bot ni ada satu platform tinjau kat atas badan kapal yang boleh kita duduk.
Ramainya orang nak pergi melancong ke Langkawi...nak beli minyak Gamat buat niaga kot.
Ni pemandangan dari atas bot New Frontier 6.
Bye...bye...semenanjung.
Sebelum bot belayar teus meredah ke lautan biru. Kita akan dapat lihat pangkalan APMM Kedah nih...betul-betul cantik.
Sepanjang perjalanan kita dapat lihat banyak bot nelayan daripada dekat.
Lebih kurang 45 minit ke 1 jam setengah kita akan dapat melihat jeti Langkawi yang dipenuhi dengan banyak bot-bot dan kapal-kapal baik milik persendirian mahupun komersial.
Selamat Datang ke Langkawi.
Kawasan Kompleks Bebas Cukai Jetty Point Langkawi. Banyak barang branded kat sini dengan harga murah. Tapi janganlah habiskan banyak duit kat sini sebab banyak lagi tempat yang boleh kita pergi untuk membeli belah.
Mutiara Kedah
Salam. Ha... untuk post saya yang pertama saya nak berkongsi pengalaman saya bercuti di Langkawi juga dikenali sebagai Mutiara Kedah. Bagi mereka yang pernah merasa pergi melancong...huh...mmg tak dapat dikatakan kehangatan perasaan untuk ke destinasi yang nak dituju. Memang seronok!!! Tapi bagi mereka-mereka yang nak backpacking sendiri tuh jangan lupa tuk buat persiapan awal sebelum memulakan perjalanan antaranya:
- Buat online-survey dahulu.
- Kenalpasti lokasi tujuan.
- Berapa hari lawatan yang telah dirangka (contohnya, 3 hari 2 malam atau lebih)
- Budget yang diperlukan.
- Pengangkutan yang sesuai.
- Tempat tinggal (homestay, budget hotel, resort)
- Tempat-tempat menarik yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)