Sunday, 11 March 2012

Jeti Kuala Kedah

Memang sibuk jeti pelabuhan Kuala Kedah nih terutama sekali kalau masa cuti. Seawal 7 a.m lagi dah ramai yang dah menunggu kat pintu masuk nak beli tiket. So kenalah pandai budget masa kalu nak naik feri pertama.

Harga tiket berbeza mengikut tempat jeti yang kita naik. Kalau ikut Kuala Kedah, harga tiket memang agak mahal sikit berbanding Kuala Perlis sebab jarak Kuala Kedah agak jauh dari Langkawi. Harga tiket lebih kurang RM 28 ke RM 35 untuk dewasa. Bagi kanak-kanak tak pasti sebab takde anak lagi...hahahaha..sori.


Ha...sebelum naik bot tuh janganlah lupa untuk membaca amaran dan guideline-guideline yang dipampangkan di jeti nih...sekadar untuk informasi.

Ni bot milik LADA (...rasanya). Bot ni ada satu platform tinjau kat atas badan kapal yang boleh kita duduk.


 Ramainya orang nak pergi melancong ke Langkawi...nak beli minyak Gamat buat niaga kot.

 Ni pemandangan dari atas bot New Frontier 6.

Bye...bye...semenanjung.

Sebelum bot belayar teus meredah ke lautan biru. Kita akan dapat lihat pangkalan APMM Kedah nih...betul-betul cantik.

 Sepanjang perjalanan kita dapat lihat banyak bot nelayan daripada dekat.

Lebih kurang 45 minit ke 1 jam setengah kita akan dapat melihat jeti Langkawi yang dipenuhi dengan banyak bot-bot dan kapal-kapal baik milik persendirian mahupun komersial.

Selamat Datang ke Langkawi.

Kawasan Kompleks Bebas Cukai Jetty Point Langkawi. Banyak barang branded kat sini dengan harga murah. Tapi janganlah habiskan banyak duit kat sini sebab banyak lagi tempat yang boleh kita pergi untuk membeli belah.

No comments:

Post a Comment